STUDY DOWN...

"semoga Allah meredhainya...."

Masa mula2 aku join tarbiyah,aku pelik la jugak,apsal la mereka2 yang berada di jalan ini, sentiasa bermasalah dalam study? Bagi aku, study tu penting kot, bila study down maksudnya seseorang tu tak faham tugas dia sebagai seorang pelajar di muka bumi ini.

Sampai la satu ketika....

Aku mengalaminya..

Sedih? Tipu la kalau aku tak sedih. Tak tahu la if ada orang gembira dengan study yang down,result jatuh menjunam, mungkin lagi teruk if kena panggil dengan lecturer atau kena tendang keluar universiti.

Bila mak aku excited tanya berapa CGPA aku dulu, aku rasa sebak.

Malu nak cakap kt mak aku yang aku tak dapat apa yang dia harapkan.


Masa aku call " Aku bagi taujih kt mak aku.. Aku cakap la yang aku tak expect pun high CGPA for this semester so if lepas 3 tu, syukur Alhamdulillah w/pun mungkin mak aku nak aku DL!"...Nak sedapkan hati aku n mak aku, aku cakap yg result tu adalah yang terbaik utk aku, petanda Allah suruh aku berusaha lebih kuat lagi utk semester hadapan!...

Bila aku dah ckp mcm tu, expection mak aku pun menurun even aku blom bagitahu result aku. Sebak la jugak aku nak cakap. Tapi,aku kena bagitahu gak kt mak aku result aku.

Dengan lafaz bismillah dalam hati, aku sebut CGPA aku kt mak aku.

Ada nada hampa kt hujung panggilan yang lagi buat aku sebak.

"Mama,next sem kakak blaja rajin2 taw..Sori if result ni tak berapa baik.." kataku.

"InsyaAllah.Mudah-mudahan mama doakan..harap sem depan lebih baik.."kata mama.

Aku tersenyum pahit. Berbaur lega sedikit dan bersemangat utk belajar.

Tiba-tiba roommate aku letak something kt meja aku..

"Ezan be strong! "

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Terus rasa bersemangat nak study (di samping berdakwah!)..

Malamnya lepas pergi ziarah, roommate aku buat surprise.

"Ezan, surprise! White coffee secawan akak buatkan, malam ni kita tak yah tido..kita study sampai esok pagi..Semangat!!!"

"Thanx kak. Study2!!"

"Kalau ada 'makanan yang menggembirakan' seperti cokelat, cikedis,mesti lagi menarik!"

"Haha..Ok2..saya turun bawah pergi beli.. Malam ni kita study!"

Bersengkang mata hingga esok pagi,itu rutin hampir seharianku dan dia.


Comments

  1. woot2~ go ezan.. we can do it.

    jangan panggil diri sniri ikhwah dan akhwat kalau malas nak study.
    cuba tgk abdul aziz al rantisi, doktor kanak2 kot...
    cuba tgk mujahid2 hebat yang lain ,ada yang amik Ee,ada yang amik mcm2 r. kesimpulannya, tak skor takpek, asalkan dpat grad dalam range waktu yang ditetapkan^_^

    ReplyDelete
  2. ada sorang kakak pesan kat ana...

    "Rasulullah pasti tak nak tengok puteri2 nya yang sedang menulusi jalan sunnah dakwahnya gagal dalam study. Andai baginda masih disini,pasti Nabi sedih..."

    letakkan keinginan yang tinggi untuk score..
    InsyaAllah Allah kan ada..

    ReplyDelete
  3. putri yang terpilih: jgn panggil ana akhwat if ana malas study..

    zuraidah idr: letakkan keinginan yang tinggi untuk score..
    InsyaAllah Allah kan ada..btol3x....

    ReplyDelete
  4. salam saudariku ezan. do ur best, kalau dunia SAINS. ASAL baca I.A boleh skor. jadi asal juga ant baca, SEKURANGNYA ant boleh get MORE and MORE. itu the simple motivation for me. good luck dalam mencari ILMU Allah s.w.t. studi itu best !

    ReplyDelete
  5. adeq: thanx bro atas nasihat yang berguna. STUDI ITU BEST. ENJOY!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....