FAKE SMILE...

"semoga Allah meredhainya....".

Semalam, pas study kt IRC, library di UTP, tetiba aku rasa sedih. Entah lah. Mungkin sebab tertekan dengan banyak kerja sabah hari

Jam menunjukkan pukul 7.10malam, azan Maghrib akan berkumandang tak lama lagi. Aku cepat2 kemas buku dan berjalan seorangan ke tempat parking moto.

Di hadapan aku ada sebuah keluarga India yang bersiar-siar selepas anak mereka habis interview kt UTP hari ini. Kaki melangkah tanpa perasaan. Rungsing, perut memulas minta diisi pula.

"Hello!!!" sapa bapa keluarga India yang berselisih denganku sambil melemparkan senyuman

"Hello.." spontan bibirku membalasnya sambil tersenyum juga, tapi mungkin tidak semanis dan selebar dia.

Tak lama selepas itu,aku memandang isterinya dan anak lelakinya yang dah interview ni. Muka anaknya pandang aku macam "KO NAK SENYUM KAT MAK AKU JUGAK KE??"

Dan aku pun pandang muka dia dengan wajah "A,AH..SEBAB BAPAK KO DAH SENYUM KT AKU, AK WAJIB SENYUM KT MAK KO.NNTI KO INGAT AKU GATAL PLAK.."

Bila aku berselisih dgn maknya, terus ak merendahkan badan dan melemparkan senyuman lebih manis dan lebar dari yang pertama tadi.

Beberapa langkah aku melepasi mereka, tiba-tiba aku merasakan satu perasaan senang dan gembira perlahan-lahan menyusup ke jiwa.

Ya Allah..tiada kata yang mampu aku katakan saat kau mengasihi hambaNya yang amat2 memerlukan mu ini.


fake smile or real smile is still smile. May it will make us feel better ^_^

Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....