JIWA MERDEKA???KAH!!!KAH!!!!

sajak yg diberi oleh abg ak sms ak form 1 dan ak deklamasikan sajak ini setiap thn sehingga form4 pd bln kemerdekaan di ats pentas pd sambutan pd 31 ogos...masih segar dlm ingatanku ini..
BERABAD YG LALU...
PERNAH HARUM JENAZAH TOK JANGGUT
PERNAH TERPENCIK WANGI DARAH LEFTENAN ADNAN
PERNAH TERSAKSI SEKUJUR TUBUH MAHARAJALELA
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN BANGSA
DARSAWARSA SILAM
PERJUANGAN MENYAPA PINTU NURANI
KETABAHAN BAGAIKAN API
MENYEMARAK BUKAN KEPALANG
LANTAS BUMI INI MENYAKSI
TUNKU ABD RAHMAN MELAUNGKAN LAFAZ MULIA
MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!
KEMERDEKAAN
BAGAIKAN MENADAH SINAR MARTABAT BANGSA
MENGGILAP KEMBALI PUDAR KEDAULATAN BANGSA
MENGUBAT LUKA DUKA SILAM
HASIL TINGGALAN PENJAJAH ANGKUH
YG PERNAH MEROBEK
YG PERNAH MENGHANCURKAN
YG PERNAH MENYUSUK SEMBILU
JAUH DI SUDUT HATI PEJUANG2 SILAM
BUKANLAH BEBAS DARI PENJAJAH ITU
MERDEKA
BUKANLAH BEBAS DARI CENGKAMAN KUASA ITU
MERDEKA
BUKANLAH TIADA PENJAJAH ITU MERDEKA
LANTAS..
MERDEKAKAH SUDAH JIWA2 INI???
adakah jiwa kita ini merdeka??
lihatlah keliling kita,
terlalu byk hiburan yg melampau terutama di media massa..
AF,MALAYSIA IDOL,SUPERSTAR,OIAM,
IDOLA KECIL,IDOLA BESAR,sume la...
pemikiran kita dijajah dgn hedonisme yg melimpah ruah..
DUNIA INI TERLALU HINA UTK DITANGISI
lihatlah berapa ramai yg menangis ketika menyaksikan penyanyi pilihan mereka disingkirkan??
adkah mereka menangis di kala malam berjumpa Allah??
lihatlah berapa ramai yg sanggup berkorban harta dan masa utk artis pilihan mereka??
adkah harta dan masa tersebut mereka infakkan ke jln Allah??
lihatlah berapa ramai artis2 wanita yg "dinoda" auratnya menjadi santapan sang lelaki yg bukan mahramnya???
adakah penodaan itu mendapat tentangan hebat dari kaum adam yg tahu hukumnya??
lihatlah berapa ramai anak kecil yg masih suci digalakkan dgn hiburan??
adkah kita mahu generasi seperti ini menjadi tonggak agama???

terlalu byk penjajahan minda yg berlaku pada umat masa kini..
namun,mereka tidak mengerti..
kerana bg mereka inilah kemerdekaan hakiki..
freedom,bebas melakukan apa sahaja..
tnp ada kongkongan dari mana2 pihak...
kata mereka,
kita mahu mengangkat nama MALAYSIA di persada antarabgsa..
seperti hollywood,bollywood...dan bakal MALAYWOOD...
ya,kita sudah menghantar Siti Nurhaliza ke London,
Yuna ke AS,
Shila ke pertandingan antarabgsa...
dan mcm2 la...
jadi kata mereka,
kita perlu mencari PELAPIS DARI KECIL LAGI UTK MENGGANTI MEREKA...
tnpa sedar akn mewarisi dosa mereka juga
dan meneruskan agenda barat yg mahu umat islam jauh dari AQ

mugkin barat sedang ketawa
melihat kebodohan kita yg rakus mengejar award yg dicipta oleh barat..
ye la,x main la klu menang kat malaysia kan
nnti org cakap JAGUH KAMPUNG..
jd baru gempak klu menang kt luar negara..
terutamanya award dari barat..
dan barat pun ketawa melihat ketaksuban kita...KAH!!KAH!!!
amat pelik apabila imej negara juga memerlukan penasihat barat...
apa kurangnya warganegara kita??
tp ape dorg kisah...
yg penting negara kita GAH di persada antarabgsa...
ya,mereka mahu kemegahan itu
dan mereka KORBANKAN AGAMA agar impian jadi kenyataan
mereka jual kalimah2 Allah dgn harga yg murah...
mereka pamerkan akhlaq keji yg memalukan agama sendiri..
namun mereka bangga kerana dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi...
ya, ak akui ak masih muda
berdarah muda
tp ak xkan biarkan diri ak hanyut dgn permainan dunia..
yg penuh keseronokan dan tipu daya...
sebelum ak dipanggil oleh Pencipta..
letakkan dunia di tanganmu dan akhirat di hatimu...
nescaya kau tidak akan terpedaya dgn dunia
Comments
Post a Comment