KUATKAN DIRI

"semoga Allah meredhainya...."

Sabda Rasulullah SAW :

"Daripada Ibn Abbas RA berkata : telah bersabda Rasulullah SAW : "dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (riwayat Bukhari)

MASA LAPANG. FREE TIME. 

HAISH~

Hindarkan diri dari masa lapang, penuhi masamu dengan perkara yang berfaedah
Perkara yang bermanfaat dan dapat memberi kebaikan kepada agama.

Usah biarkan dirimu dibelenggu dengan nafsu
Meletakkan dirimu dikerumuni syaitannirrojim
Bangunlah diri wahai Ezan,
Gagahkan dirimu
Kuatkan hatimu
Jangan mengalah.

Kau bukan kanak-kanak
Kau sudah dewasa
Usah menangis
Usah merungut
Usah merajuk

Hamparkan sejadah
Sujud padaNya
Buka suratNya 
Fahami apa yang ingin disampaikanNya

Kau tak perlukan sesiapa
Kerana kau hanya perlukan Dia.

Jangan malas berusaha
Jangan malas membaca
Jangan malas menuntut ilmu 
kerana semua ini dariNya

Ilmu
Itu yang membezakan kau dengan orang bodoh

Amal
Itu yang membezakan kau dengan orang yang berilmu

Besarkan matamu
Keluarkan segala tenagamu
Dan berlarilah selajumu.

Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....