MALU DENGAN TITLE BUDAK "BUDAK AGAMA"???

"semoga Allah meredhainya...."

Suatu hari, semasa dalam perjalanan utk menghadiri kuliah, Nina mendengar sekumpulan siswi bergelak ketawa di hadapannya. Mendengar butir bicara mereka yg menjadi bahan gelak ketawa menyebabkan Nina mengujap panjang. Astagfirullah, mengapalah remaja sekarang suka mempermainkan perkara yg berkaitan agama. Seperti manusia yg tiada akidah dalam diri.

"ha???ko budak AGAMA???..HAHA...ak nak bgtau kat sume..weyh, nak tahu tak, Siti sebelah ak ni budak AGAMA kat sekolah dulu...kahkah.."kata Ain kepada rakan2 nya dgn suara yg kuat sehingga Nina dan sesiapa sahaja yang berada di belakang dan di hadapan mengendarnya mendengarnya.


"weyh, janganlah..ko apehal??" Siti menghampiri Pika,rakannya yg mencanang 'kisah silamnya' kepada org ramai lalu memukul dan mencubit bahunya. Siti berasa geram.

"ni budak agama???x de rupa pun."kata rakan mereka, Najwa sambil dia memandang atas dan bawah Siti yg disaluti jeans, t-shirt pendek dan tudung disilangkan ke belakang. kata-kata Najwa ditambah lagi perisa rempah ratus oleh rakan2 yg lain utk mentertawakan dan memalukan Siti di hadapan manusia lain.

"BUDAK AGAMA pakai tudung labuh dengan baju kurung la" KAHKAH

"ko BUDAK AGAMA mesti power cakap bahasa arab" KAHKAH

"BUDAK AGAMA mana boleh kapel2 dowh" KAHKAH

"BUDAK AGAMA mesti ALIM!!!" KAHKAH



dan bermacam-macamlah kata2 yg didengari sehingga empunya diri berasa MALU...

MALU DENGAN TITLE "BUDAK AGAMA"

begitulah sindrom yg melanda budak2 bekas agama yg dapat dilihat sekarang. terlalu malu untuk mengaku diri belajar di kelas sains agama atau belajar di sekolah agama. seakan-akan ada sesalan kerana punyai title "BUDAK AGAMA".

wahai budak2 agama yg malu dgn title ni, kenapa anda berasa malu??

patutnya berasa bangga kerana punyai ilmu yg tidak semua orang dapat peluang utk menguasainya dan tidak semua orang dapat mempelajari ISLAM seluruhnya dan memahami bahasa Al-Quran dengan lancarnya.

Allah telah MEMILIH ANDA sebagai insan yg akan mendalami ilmu Allah ini.
namun, mengapa malu dan mengkhianati amanah yg diberi??

LIHATLAH ..BETAPA BERUNTUNGNYA KERANA ANDA PUNYAI...
-ilmu Bahasa Arab Tinggi(boleh cakap arab dan tulis karangan arab lagi)
-ilmu AQ dan Sunnah
-ilmu Syariah
-hafalan hadis/surah seperti Yasin dan Sajadah (dibandingkan dgn budak yg bukan kelas agama, menghafal surah pendek utk PAFA pun x lepas)

SubhanAllah, jika illmu ini diamalkan dan disebar kepada orang ramai, pasti Syurga adalah ganjarannya.
tapi, tidak tahu di mana silap dan cacat-merbanya, ilmu Akhirat yg diajar sebagai bekalan di 'sana' dipandang sebelah mata dan hanya dianggap sebagai ' batu loncatan' utk meningkatkan probability utk mendapat mana2 tawaran scholarship atau belajar ke luar negara. Apabila tamat SPM, segala ilmu tersebut bukan sahaja tidak diamalkan malah dilupakan dan ditinggalkan. Lesap.

Apabila keluar sekolah dan masuk universiti, pemakaian,cara pergaulan dan attitude mereka seperti pelajar lain..tiada beza sama ada amik agama dahulu atau tidak. dan waktu inilah masanya utk mereka merasai aktiviti yg "x dapat dilakukan" di sekolah dahulu akibat kekangan title "BUDAK AGAMA" yang menghambat diri.

jadi, wujudlah istilah yg kurang menyenangkan dan memalukan kepada Islam itu sendiri.....

"BUDAK AGAMA pun kapel.."
"BUDAK AGAMA pun buka aurat dan pakai sendat-sendat..."
"BUDAK AGAMA pun perangai mcm setan..."
"BUDAK AGAMA pun x buat apa yg Islam suruh.."

mesti malu la kan..blaja agama banyak2+tinggi2 mcm KLCC, tapi sayang kualiti yg dihasilkan ada yang lebih dasyhat dari budak yg "BUKAN BUDAK AGAMA"...

Adakah sbb title "BUDAK AGAMA' menyebabkan korang x leh wat benda mcm ni??sbb tu malu nk mengaku BUDAK AGAMA..
habis tu,klu title "BUKAN BUDAK AGAMA", 'halal' la klu buat benda2 ni??

Sedih melihat mereka yang tidak menunjukkan peribadi islam yang mulia.
Marah apabila memikirkan segala ilmu agama di dada hnya hafalan dan utk lepasan peperiksaan semata-mata....

Mengapa perkara ini berlaku??

Benarlah kata-kata pujangga yg diungkap oleh orang yg tidak diketahui nama..

"Pelajar yg belajar agama adalah PELAJAR YG PALING SUSAH utk diajak berdakwah, diajak melakukan amar makruf nahi mungkar..tapi pelajar yg "bukan agama" andai DISENTUH TARBIYAH, subhanaAllah..komitmen dan semangatnya dalam melakukan kerja2 Islam sangat membara."

Mungkinkah kerana budak agama sudah bosan mendengar seruan jihad, ayat2 Allah dan ajakan dakwah yg selalu dicanang, dan ditekan semasa di kelas dan sekolah dulu?? sudah penat "berpolitik" dalam organisasi Badar???

***********************************


"BERSARA" SELEPAS SEKOLAH

Aku membaca blog seorang rakanku yg tidak asing lagi di sekolah lamaku dulu. orangnya merupakan seorang yg dikenali semua pelajar terutama dalam organisasi Badar itu sendiri. tapi sayang seribu kali sayang apabila dia membuat keputusan utk "meletak jawatan" dan tidak mahu menyertai mana2 bhgn/aktivit di tempat dia belajar kini, dia hnya mahu duduk sebagai ahli biasa sahaja. ya, dia mahu merasai bagaimana rasanya menjadi orang biasa tanpa jawatan dan aktiviti.

Ak terkilan..Andai aktiviti yg lebih kepada dunia itu ditinggalkan, ak menerima..
tapi, andai kerja2 dakwah yg dahulu yg dilakukan, mahu "berehat" juga..Aku terkilan..kerana dahulu dia sangat berkomitmen dalam kerja2 Islam, sangat kencang dan membumi dakwah yg dibawa..sehingga menyebabkan ak ANTI dengan dia dahulu..ya, ak dan dia memang tidak rapat seperti rakan baik,tapi jasanya kepadaku, ak harap dibalas Allah kelak..
dia selalu nasihat ak, selalu beri2 input2 islam, slalu tulis nama ak andai lambat turun solat Subuh, mendenda ak apabila ak keluar tidak pakai stokin, menasihati ak andai tudung prep ak silangkan ke belakang dan slalu mengingatkan ak akan cinta Allah, Rasul dan Jihad.

ak hormat kau, kerana kau BUDAK AGAMA, dan ak BUKAN BUDAK AGAMA...
tapi kitakan SATU AGAMA??

teringat kata-kata rakan sekelas ku dahulu yg berang dgn sikap budak agama yg mcm xde agama.."title BUDAK AGAMA yg dia ada, x menjamin kejayaan dia bukan sahaja DI DUNIA bahkan DI AKHIRAT!!! jangan mimpi lah klu perangai macam ..."

Comments

  1. Subhanallah,mmg inilah realitinya..

    ReplyDelete
  2. i've been in this situation. orang tak percaye dak sc agama. so what. alahaii.. macam dia budak tak beragama.

    ReplyDelete
  3. well, the situation where 'budak agama' are labelled as 'ignorant fool'(please don't mind my foul language) who only learn Islam for the sake of affirming his/her probability of getting scholarship or what so ever is common nowadays. Don't be surprised if most 'budak agama' may put aside his/her aqidah/knowledge/iman after stepping into real life; real life here is post-school life where your decision making is no longer restricted by parental influences and school rules and regulations. This is reality, that is why most religious islamic school students and 'budak agama' are sometimes labelled as 'penipu', 'anjing', 'pelakon' and so forth. My experience with 'budak agama' taught me that many of them are actor and actress, once can be seen covered in hijab and veils, now to my surprised, dyed hair, sleeveless T, tight jeans. People like them during my school days were respected because they have competent knowledge on religious stuff and issues but due to their act of tainting their aqidah and stand, the respect and trust are lost. I personally won't blame other people if they were to mock some 'budak agama' who don't really applies what he/she had learnt into he/her life, it's their own faults, they know more than normal students do. Thus, they should guide others, not join them in their ignorance.

    ps: it's just my experience and piece of thought, correct me if i'm wrong. Its my first time into your blog and it's pretty awesome for an islamic blog, btw my cousin(he said he was your schoolmate) recommended your blog to me as an alternative of lite but informative reading. Keep up the nice work.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....