JAULAH....
"semoga Allah meredhainya...."
Pengalaman pertama berjaulah bersama 4 akhwat tercinta (Ita, Dhuha, Siti dan aku) takkan dapat dilupakan.
“akak, jaulah tu maksudnya apa??” tnyaku kepada seorg akhwat, Ita.
“jaulah tu mcm bermusafir, mengembara, pergi ke suatu tempat yg jauh..yg mcm tu la.ni perkataan arab..”jawabnya.
“owh, ingatkan singkatan “perjalanan yg JAUH-LAH” menjadi JAULAH…”jawabku yg tidak pandai berbahasa arab.

AL-FATIHAH...
Perjalanan dari Tronoh mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke Terengganu, untuk menghantar seorg akhwat,Dhuha pulang ke rumah kerana bonda tercinta dipanggil Illahi..walaupun tidak sempat menatap wajah bonda tercinta buat kali terakhir, namun cukuplah kehadiran diri dapat mengubat luka di hati, bertemu ahli keluarga yg masih dalam kesedihan namun pasrah dengan ketentuan Tuhan dan semoga Allah menempatkan ibunda tercinta bersama orang2 yg beriman.
ak bermuhasabah diri...diri ak ini, keluarga dan seisi dunia yg ak cintai ini adlah pinjaman Allah..bila2 masa sahaja Allah bisa mengambilnnya...mati itu pasti...dan masuk neraka itu juga pasti kecuali....
"Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. "(19:71-72)
JEJAK KAKI DI TERENGGANU....
Aku dan Ita bermalam di rumah Siti yg juga tinggal Terengganu. Siti akan tinggal di rumah beberapa hari utk bertemu ayahanda dan bonda yg dikasihi sebelum berangkat menunaikan haji di Mekah. layanan yg diberikan amat baik dan beliau turut menghidangkan NASI DAGANG dan NASI MINYAK+KARIPAP IKAN sebagai sarapan pagi..makanan Terengganu la katakan. Sebelum pulang, bonda Siti membawa kami membeli keropok lekor dan berjalan2 di pasar payang. Ini adalah kali pertama ak pergi ke tempat tu.Selepas itu, ak dan Ita pulang berdua menaiki kereta.

Sebelum pulang, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu Siti kerana melayan kami dgn baik. semoga beliau dan suami mendapat haji mabrur.InsyaAllah.
"Sesungguhnya Shafaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-'umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui. (2:158)
TUNJUKKAN KAMI JALAN YG BENAR...
Perjalanan diteruskan utk menziarahi adik Ita yg menuntut di UMT(Universiti Malaysia Terengganu). Ak dan Ita peka dengan papan tanda di jalan memandangkan kami berdua tidak mahir jalan di Terengganu. Walaupun kadang2 tersesat dan terlepas jalan,kami tidak berputus asa mencari jalan yg betul dgn bertnya org di tepi jalan.. kesabaran amat diperlukan utk sampai ke destinasi yg ditujui..membuat ak bermuhasabah akn hidup ini..yg perlukan petunjuk Allah utk melalui jalan yg lurus dan diredhaiNya.untuk mendapat petunjuk itu memerlukan doa dan usaha, bukannya menunggu ia jatuh bergolek.... Itulah hikmah berjaulah.
"Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul."(17:15)
Setibanya di rumah adik Ita, ak berkenalan dgn rakan2 adiknya yg tinggal bersama2 di rumah sewaan tersebut. Sebuah rumah,3 bilik,6 orang(1 bilik 2 org),sewa rm400 sebulan..ak melihat setiap sudut rumah yg tidak tumpah seperti rumah bujang.hnya brg keperluan sahaja yg ada..membuatkan aku bersyukur kerana mempunya biasiswa yg membiayai tmpt tinggal dan makan tetiap bulan..tidak seperti mereka yg perlu melunaskan wang sewa,mkn,bil elektrik,yuran broadband dan lain2..dan mungkin juga terpaksa mengikat perut memjimatkan belanja.ya Allah, terima kasih atas nikmat yg kau berikan kepadaku dan semoga kau murahkan rezeki kepada mereka juga.

ZIARAH AKHWAT DI KELANTAN...
Selepas itu, ak dan Ita merancang untuk menziarahi seorang akhwat, Fiza di Pasir Puteh,Kelantan. Sebelum tu, kami singgah di USMKK untuk bertemu seorg akhwat, Ju yg sedang bertugas sementara di sana. Kehadiran Ju sebagai org ketiga memudahkan perjalanan kami kerana beliau amat mahir jalan di Kelantan ini. Walaupun penat, ak tidak mahu melepaskan peluang utk menziarahi akhwat yg tercinta itu.
Di rumah Fiza hanya ada ibu dan adik perempuannya sahaja. Jadi, kami tidak perlu risau soal aurat atau perlu menjaga perkara2 yg sepatutnya kerana tiada kaum Adam di rumah itu. Suasana sangat meriah dgn perbualan rancak kami semua termasuk ibu Fiza yg sangat peramah. Beliau menghidangkan kami bubur jagung dan air pisang. Sangat sedap sekali. Kadang2 lucu juga kerana ak x phm bhs Kelantan sgt..jadi Fiza la yg tlg translatekan..Masih segar di ingatanku semasa kami ta’aruf dgn ibu Fiza.
“saya ni yg paling muda, umur 18 thn.masih foundation lagi kt utp tu mak cik”,kataku memperkenalkan diri.
“saya skang tengah intern mak cik..kat usmkk.”kata Ju.
“saya plak dah final sem.insyaAllah hujung thn ni grad la saya.”kata Ita pula.
“owh..sume lain2 nampoknya”kata ibu Fiza.
“kami asal pun lain2 mak cik”Ju menambah.
“saya dari Terengganu, Fiza dari Kelantan, Ezan dari Selangor dan Ita dari Kedah..” Ju memberitahu sambil tangan menunjuk kepada tuan empunya diri.
“bagos2 la..bukan senang nak jadi kawan rapat mcm ni..sume lain2..umur lain, tempat tinggal lain..APA YG MERAPATKAN KAMU SEMUA???YG MENYATUKAN KAMU JADI KAWAN BAIK?? bagus betul..bukan senang nk jadi mcm ni..”tnya ibu Fiza.
Ak terdiam.hnya mampu tersenyum..
APA YG MERAPATKAN KAMU SEMUA???YG MENYATUKAN KAMU JADI KAWAN BAIK??
Semua akhwat terdiam. Tiada siapa memberi jawapan.

“ni mesti sebab tu kan…”sambung ibu Fiza lantas menyebut satu perkataan yg merupakan jawapan, tunjang utama kami bersama. Ibu Fiza tersenyum dan memberikan reaksi positif.
Senyumanku semakin lebar. Rasa kagum menguasai diri kerana susuk tubuh di hadapanku ini rupanya sangat menyokong dan memahami anaknya dalam medan tarbiyah ini. Subhanallah..
Setelah lama berbual,hari sudah larut mlm, kami meminta izin mengundur diri. Rasa gembira dapat bertemu keluarga Fiza. Semoga ukhuwah ini akan terus subur.
Kami pulang ke USMKK dan mabit di surau di sana . selepas menunaikan solat subuh, ak dan Ita meneruskan perjalanan pulang ke Perak. Sepanjang perjalanan ak acap kali terlelap kerana terlalu penat. Namun, ak gagahkan juga utk tidak tidur. Kadang2 ak bertnya musykilah2 kepada Ita, bercerita tentang itu dan ini, dan lain2. Ita juga menguatkan lagu agar beliau tidak mengantuk. Agak lucu kerana lagu MENEROBOS dan lagu NEGERI INDONESIA nyanyian SHOUTUL HARAKAH diulang-ulang oleh kami. dan aku kini menjadi peminat lagu tersebut.
Perjalanan di laluan bjrn titiwangsa yg menghubungkan Gerik-Jeli sangat panjang dan bersimpang siur. Ak dan Ita berhenti rehat di R&R di puncak bnjrn yg terpnjg di semenanjung itu..subhanallah..indah sungguh pemandangan ciptaanmu ya Allah..
Meneruskan perjalanan dan Alhamdulillah kami tiba pukul 1 petang dengan selamat.
Jaulah ini bnyk mengajar ak erti kesabaran, pengorbanan masa,wang,tenaga, dan paling penting nilai ukhuwah yg tidak terbatas pada sesorg akhwat sahaja malah seluruh keluarganya. Ak sangat gembira dapat bertemu dan berkenalan dengan keluarga ukhti Dhuha, Siti, dan Fiza. Inilah nilai ukhuwah yg sebenar tnpa mengira umur,asal,dan apa sahaja..dan ak amat bersyukur dipilihNya utk merasainya..
jaulah yang memberi byk manfaat dan menarik!!..
ReplyDeleteperkongsian yang sgt complete...dh mcm ana yg pegi walaupun ana x ikut!!!
tp pas bce sumua 1 je nk tye, mmg rahsiakan nama betul ek?? tp dpt agak la sapa...
1 more thing..lagu menerobos?? equal to gelombang keadilan kah??
ReplyDeletex pernah dgr la pulak tjuk lgu tu..klu mmg ia, nk download bcoz ana peminat no berapa ntah S.H..hehe
a'ah..mmg ana rahsiakan nama sebenar..sirr la katakan...hehe..
ReplyDeleteasif..betullah...menerobos=gelombang keadilan...ana terlupa tajuk sebenar..hnya ingat chorus yg byk disebut menerobos...
insyaAllah ana dalam proses nk minat lagu mcm ni jugak..menggantikan lagu2 lagha..hehe
itulah kan hikmah jaulah
ReplyDeletebaru kita tahu erti pengorbanan yang sebenar..
semoga kita terus istiqamah dijalanNya
~~siti~~
ana pun sgt suke dgn post ini...
ReplyDeletesgt bgus tulisan ukhti ezan...
dan ana salah seorg watak dlm drama nie...
walaupun ana x mengikuti sepjg jaulah ini tp ana rs sgt terkesan dgn tulisan ukhti ezan.. baru ana dpt maksud sebnr jaulah itu..
syukran ya ukhti ezan...
smoge anti terus menulis utk menyebarkan kebaikan...